Pesan buat diri.....

Thursday, November 5, 2009

TANGGUNGJAWAB LIDAH....


Setengah daripada tanggungjawab lidah ialah senyap daripada bertengkar dan bertelagah di setiap perkara diucap oleh kawanmu, ertinya jangan cepat mencelah dan mengganggu orang sedang bercakap.
Abdullah bin Abbas r.anhuma berkata: "Kamu jangan berbincang dengan orang bodoh(safih), kerana dia hanya akan menyusahkan kamu, apa yang kita kata walaupun baik tidak akan didengarnya, kerana dia tiada kemahiran menilai perkara baik lantaran kesafihannya."
Jangan berbalah dengan orang yang perangai dan tutur kata lemah-lembut(halim), kerana dia pun akan marah juga. Akibatnya akan merugikan kerana kehilangan seorang halim yang sepatutnya menjadi sahabatnya.


Rasulallah s.a.w. bersabda maksudnya: "Sesiapa yang tidak berbalah dengan rakannya yang bercakap perkara tidak berguna(mubtilun), di akhirat kelak Allah SWT peruntukkan kepadanya sebuah mahligai di dalam syurga.
Sesiapa yang tidak bertengkar meskipun dirinya di pihak yang benar(muhiqqun), Allah SWT cadangkan baginya sebuah mahligai di bahagian atas syurga.


Pengajaran mustahak daripada hadis tersebut ialah supaya menghindari perbalahan dan pertengkaran. Sebaliknya dianjurkan supaya bersoal jawab sebagai bertukar fikiran dan nasihat, seseorang kemuka pendapatnya untuk kebaikan bersama.
Tetapi berbalah iaitu bertegang urat kerana menegakkan benang yang basah, jelas ia tidak disetujui oleh agama. Kerana asas perbalahan adalah memperlekehkan pendapat orang lain di samping hendak menaikkan dirinya.

Sabda Rasulallah s.a.w. bermaksud: "Meninggalkan perbalahan dalam situasi sedar dirinya salah(mubtilun) adalah wajib(fardu). Allah SWT menjanjikan syurga baginya."
Apabila seseorang sedar dirinya di pihak yang salah, langkah bijak yang perlu diambil ialah senyap untuk elak daripada perbalahan. Sikap tersebut amat terpuji hingga Allah SWT menjanjikan syurga untuknya.

Sabda Rasulallah s.a.w. bermaksud: "Sesiapa yang mengelak daripada perbalahan sedangkan dirinya di pihak yang benar, semestinya derita jiwanya lebih parah daripada berdiam diri atas perkara yang salah. Untuknya dibina mahligai di puncak syurga."

Sesungguhnya terlalu menderita jiwa orang yang menahan lidah kerana mengelak daripada perbalahan dan pertengkaran, sedangkan dia di pihak yang benar dan mampu berdebat dengan mengemukakan hujah dan dalil.
Justeru beban derita jiwa yang ditanggung itu tidak sia-sia, mampu mengelak daripada berbalah dianggap berjaya menahan sesuatu, meskipun jiwanya parah demi mentaati larangan Allah SWT.
Sebagai imbalan atas kejayaan itu, anugerah Tuhan iaitu pahala yang banyak dan mahligai mewah di puncak syurga sedia menantinya di akhirat kelak. Oleh itu daripada perbalahan, digalak pula memberi nasihat dengan hujah dan dalil.

sumber: mauidzah TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT @harakah #1478

Ikut kalu betul, tinggal kalu salah...